PETALING JAYA: Gara-gara terlanggar badan, seorang lelaki tempatan maut ditumbuk warga asing di sebuah premis hiburan di sini pada Sabtu lalu. Kejadian pada pukul 1 pagi berlaku apabila mangsa dan suspek berusia 40-an yang tidak mengenali antara satu sama lain berada di pusat hiburan tersebut untuk berhibur. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, semasa di lokasi kejadian, suspek warga asing itu dikatakan terlanggar badan mangsa sebelum berlaku pertengkaran. Menurut beliau, warga asing itu dikatakan tidak berpuas hati selepas mangsa didakwa menendang suspek dan sebagai tindak balas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya