GEORGE TOWN: Taman Gurney Bay di Persiaran Gurney di sini yang baru sahaja dibuka Februari lalu kini menjadi tumpuan pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga sempena cuti persekolahan yang bakal berakhir minggu depan. Meskipun cuaca panas, ia tidak menjadi penghalang untuk orang ramai melakukan pelbagai aktiviti riadah dan bersiar-siar di taman pesisir pantai seluas 11.2 hektar itu. Tinjauan mendapati orang ramai mula memenuhi kawasan tersebut pada lewat petang sehingga malam bagi mengelak terdedah terlalu lama pada suhu panas. Seorang pengunjung, Azalina Abdullah, 41, berkata, dia membawa ahli keluarganya bersiar-siar di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya