Tahun ke-12, Festival Ramadan Putrajaya 2024 lebih meriah - Utusan Malaysia

Tahun ke-12, Festival Ramadan Putrajaya 2024 lebih meriah

Penganjur , Shahrul Musa (tiga dari kanan) bersama barisan rakan strategik dan penaja, Rantai Arts, Semboyan Malaysia, Tempatan Fest, Platform PCari dan Minaz.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Perbadanan Putrajaya(PPj) mengumumkan acara Festival Ramadan Putrajaya 2024 (FRP 2024) kembali buat tahun ke-12, dengan skala yang lebih besar.

Dianggarkan, festival itu melibatkan hampir seribu peniaga di lima lokasi bazar ramadan (12 Mac hingga 9 April 2024) dan satu lokasi bazar mega aidilfitri yang akan bermula pada 8 Mac hingga 9 April 2024.

Pengarah Perlesenan Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya, Jeffri Mustapa berkata, FRP2024 terbahagi kepada 5 komponen utama iaitu iaitu 5 lokasi Bazar Ramadan,  Anjung Syawal, Kiblat Walk, Laman Iftar dan Food Truck Ramadan.

Malah, tahun ini juga masih mengekalkan tema yang sama sebagaimana tahun lepas iaitu Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran.

“PPj juga melihat FRP24 sebagai satu pusat sehenti yang memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan pelbagai keperluan seperti juadah berbuka puasa termasuk barangan persiapan untuk menyambut hari raya.

“Rata-rata mereka melihat FRP sebagai satu hub perniagaan sehenti yang komprehensif terutama pada bulan Ramadan dan musim perayaan.

“Saban tahun, PPj melihat penganjuran festival ini semakin mendapat tempat di hati pengunjung. Untuk rekod, tahun 2023 telah menyaksikan jumlah kehadiran pengunjung mencecah seramai 600,000 orang. Untuk tahun ini, kami mensasarkan kehadiran pengunjung seramai 800,000 orang,”katanya.

Selain itu, pada tahun ini  FRP2024 turut berkolaborasi bersama platform gergasi media sosial, Tik Tok yang disediakan di FRP 2024.

Dengan menggunakan Tagline #kongsibersama dan #festivalramadanputrajaya, kolaborasi bersama Tik Tok ini akan memberi peluang kepada semua usahawan di FRP 2024 membuat promosi produk masing-masing bersama pempengaruh.

“Menerusi jalinan kerjasama ini, diyakini mampu mengembalikan kuasa beli orang ramai terutama dengan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

“Jualan Mega Aidilfitri sempena FRP2024 dikenali sebagai Jualan Anjung Syawal bertempat di Dataran Anjung Syawal, Presint 3 Putrajaya, merupakan anjuran bersama Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd dan  tahun ini terdapat suntikan kelainan yang mana kita mengetengahkan elemen Timur Tengah bagi memberikan suasana menarik buat pengunjung,”katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd,  Shahrul Musa, Jualan Anjung Syawal dengan tema ‘1001 warna lebaran’ diilhamkan oleh budaya Timur Tengah.

Konsep ini, katanya, akan membawa pengunjung menikmati suasana yang memikat dari budaya Timur Tengah yang kaya dengan Sejarah, seni dan tradisi dan diyakini dapat menambah kemeriahan dalam menyambut Ramadan dan lebaran di FRP 2024.

Kongsi Encik Shahrul  lagi, Jualan Anjung Syawal juga menyediakan Healing Station buat keselesaan dan kemudahan pengunjung.

“Bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada orang ramai, beliau yakin lebih ramai peniaga dan usahawan tempatan dapat meraih peluang untuk menjana ekonomi masing-masing.

“Kami juga berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan PPj untuk meneruskan Jualan Anjung Syawal buat kali kedua. Sehubungan itu, pelbagai kelainan ditampilkan sempena penganjuran tahun ini.

“Kami juga berkolaborasi dengan penaja iaitu Quaker dan Minaz serta rakan strategik untuk memeriahkan lagi festival seperti Rantai Arts, Tempatan Fest dan Semboyan Malaysia,”katanya.

Selain itu, pengunjung yang hadir ke Jualan Anjung Syawal juga berpeluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti mingguan dengan tema yang berlainan iaitu Kesenian (minggu pertama), Kecantikan (minggu kedua), Sukan (minggu ketiga) dan Islamik (minggu keempat).

Kesemua program akan turut disertai dan dimeriahkan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan seperti artis dan selebriti popular tempatan, penceramah dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya