PASIR SALAK: Syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembinaan dan pemasangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) yakin mampu mendirikan 10,000 stesen tersebut di negara ini menjelang akhir tahun depan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keyakinan itu dinyatakan pihak terlibat dalam pertemuan dengan mereka baru-baru ini. Menurutnya, ini berikutan terdapat permintaan tinggi terhadap keperluan stesen pengecas tersebut yang mendorong syarikat terlibat lebih berani membina lebih banyak stesen berkenaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. “Setakat (hari) ini, sudah 2,100 stesen pengecas EV dibina (berbanding…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya