MARAN: Sungai Pahang di Kampung Pesagi, Chenor yang dahulunya menjadi sumber rezeki nelayan, kini berubah wajah bagaikan sebuah padang pasir kesan daripada fenomena El-Nino. Seorang penduduk Setafar Chik,65, berkata, kawasan itu dahulunya mempunyai aliran sungai deras dengan pelbagai spesies ikan bernilai tinggi, tetapi kini berubah menjadi padang pasir yang membahang pada tengah hari. Katanya, kawasan berpasir sepanjang lebih tiga kilometer ini boleh dijadikan beberapa buah padang bola sepak atau aktiviti lasak. “Paras air sungai mulai surut sejak awal tahun ini dan mengering dengan cepat akhir Februari lalu, ditambah dengan tiada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya