Sudah masanya - Aina Abdul rancang lebar sayap ke luar negara - Utusan Malaysia

Sudah masanya – Aina Abdul rancang lebar sayap ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aina Abdul tidak menolak sekiranya diberi peluang mengembangkan kerjaya di luar negara.

Kata penyanyi berusia 30 tahun itu, dia akan memanfaatkan peluang sebegitu meskipun tawaran tersebut memerlukannya untuk menetap ke luar negara.

“Saya tak akan tolak tawaran yang bagus, jadi saya akan pergi kalau diberi peluang mencipta nama di luar negara.

“Tapi hati saya tetap bersama peminat di Malaysia. Sebenarnya mereka juga menyokong dan mahu saya mengembangkan kerjaya di luar Malaysia.

“Mungkin sudah masanya, saya pun sedang mencuba untuk tembus pasaran luar,” kongsinya selepas sidang media konsert by Ajai & Mega Friends baru-baru ini.

Aina sebelum ini pernah membuat persembahan di ABU TV Song Festival, Korea Selatan.

Penyanyi lagu Jangan Mati Rasa Itu ini juga pertama kali menembusi pasaran Indonesia menerusi lagu tema filem Trinil, Kasih Merintih.

Disoal tentang negara pilihan untuk mengembangkan kerjaya, Aina memaklumkan tidak mempunyai sebarang pilihan spesifik sebaliknya terus mempertimbangkan tawaran yang bagus untuknya.

“Tak kisah di mana sekalipun, Singapura, Indonesia atau Korea Selatan. Mana yang sangkut, saya pergi,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya