SEREMBAN: Dua bulan sebelum Ramadan merupakan tempoh paling sibuk buat Roslan Salbaini, 63, seorang pembuat, pengedar, penjual songkok terkenal di Negeri Sembilan. Dia yang mewarisi perniagaan Songkok Warisan Keluarga Sarbaini Jamil perlu memberi tumpuan penuh bagi menyiapkan tempahan yang diterima pelanggan bukan hanya di Negeri Sembilan namun dari serata negara termasuk Sabah dan Sarawak. Menurut anak perempuan Roslan, Nur Afifa, 27, ada masa bapanya terpaksa menyiapkan tempahan di saat akhir sehingga waktu pagi raya. Katanya, tempahan yang diterima meningkat hampir 80 peratus pada musim perayaan berbanding hari biasa. “Ayah memang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya