‘Pencerita yang hebat ialah seorang pemerhati yang mampu melihat setiap tersirat.’ Sharifah Amani baru berusia 17 tahun semasa bersetuju menghidupkan karakter Orked dalam Sepet yang kemudian mengubah jalur hidupnya. Setahun kemudian, dia menggenggam trofi pertamanya di festival berprestij negara. Terlalu cepat, terlalu muda dan terlalu magis jika dikenang-kenang bagaimana pengembaraan lakonannya bermula. Tetapi gadis yang disapa sebagai Nani, 37, sudah diasuh, bahawa memakai gelaran pelakon bukan tentang populariti atau mengumpul koleksi anugerah. Namun tentang bagaimana menghidupkan kisah yang boleh menggugah, mengubah atau paling tidak menyentuh lapis perasaan manusiawi paling diam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya