Serangan Moscow: Russia tuding jari ke Barat, Kyiv

Serangan Moscow: Russia tuding jari ke Barat, Kyiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pegawai Tertinggi Russia menuduh Ukraine dan negara Barat dalang di sebalik serangan di dewan konsert bandar Crocus di Moscow, selepas kumpulan Daesh membuat pengakuan terbuka. 

Walaupun Daesh menyiarkan video mengenai kekejaman itu, Presiden Russia, Vladimir Putin dan dua sekutu rapat tetap mendakwa penyerang dibantu oleh negara Barat dan perisikan Ukraine. 

Insiden yang mengorbankan 139 orang turut menjadi spekulasi selepas Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Russia mengenai ancaman serangan, 15 hari sebelum kejadian. 

Seramai 22 mangsa lain berada dalam keadaan kritikal, termasuk dua kanak-kanak. 

Empat rakyat Tajikistan dihadapkan ke mahkamah selepas menghadapi pertuduhan melancarkan serangan dan berniat melakukan keganasan.

Putin turut mendakwa suspek penyerang bersenjata cuba melarikan diri ke Ukraine selepas insiden itu. 

Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak berkata, insiden serangan itu menggambarkan ketidakcekapan dan kegagalan pasukan keselamatan Russia.-BBC  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya