Sebelum terima jadi duta, saya kena cuba dahulu - Alyah - Utusan Malaysia

Sebelum terima jadi duta, saya kena cuba dahulu – Alyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara emas, Datin Alyah tidak terburu-buru dalam menerima sebarang tawaran sebagai duta sesebuah jenama dan akan mencuba produk tersebut sebelum menyatakan persetujuan.

Jelas Alyah yang kini duta kepada jenama kosmetik, Twomee, sebagai figura hadapan, dia harus memastikan produk yang diwakili mampu membantu para pengguna dan tidak hanya indah khabar dari rupa.

“Saya tak boleh main terima sebarang tawaran. Saya ada tanggungjawab sebagai duta. Bukan semata-mata setuju dan bergambar sahaja. Saya wajib mencuba terlebih dahulu produk keluaran jenama tersebut.

“Seperti Twomee, saya percaya dan yakin dengan produk ini yang telah melalui pelbagai proses penyelidikan sebelum dipasarkan. Selepas menggunakan Makeup Based 3 Dalam 1, serasi dengan saya dan memang berkesan.

“Jadi saya tidak teragak-agak untuk bersetuju dengan tawaran mereka. Selain cepat digunakan, produk tempatan berkualiti tinggi ini sangat sesuai untuk menjaga semua jenis kulit,” ujar penyanyi Kisah Hati itu.

Dalam pada itu, tambah Alyah lagi, dia juga meluahkan rasa syukur dan teruja dilantik sebagai duta kepada jenama kosmetik baharu dalam pasaran, Twomee baru-baru ini.

Jelas Alyah, sebagai duta, dia juga harus bersama pasukan Twomee untuk memastikan jenama tersebut mampu meneroka pasaran kosmetik dengan lebih meluas dan menjadi produk tempatan terbaik.

“Dalam industri seni sekarang, persaingan sangat sengit. Kita ada ramai nama-nama hebat daripada saya. Apabila terpilih jadi duta Twomee, itu namanya rezeki

“Sebagai duta, saya perlu kerja lebih kuat untuk membantu jenama ini agar mendapat sambutan yang baik di pasaran. Saya akan memainkan peranan saya sebagai duta produk untuk memperkenalkan Twomee di pasaran,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas Twomee, Datin Suraya berkata, pemilihan isteri kepada Datuk Ramli MS sebagai duta itu disebabkan sikap peramah yang ditonjolkan ketika bertemu dengan orang ramai.

“Alyah pernah diundang untuk membuat persembahan ketika majlis perkahwinan saya. Semasa dan selepas acara, saya kagum dengan keramahan dia melayan tetamu yang hadir. Macam kawan-kawan dia layan.

“Jadi saya cukup senang dengan personaliti Alyah dan tidak teragak-agak untuk melamarnya sebagai duta kepada jenama kosmetik dan kecantikan yang saya usahakan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya