KALI pertama menonton persembahan Satwo pada pelancaran album sulung mereka, Di Persembunyian, saya berpandangan band ini berpotensi pergi jauh. Duo folk pop yang dianggotai Rafiz dan Maz ini membawa kelainan dari segi muzik dan penyampaian. Teknik paduan vokal yang mereka ketengahkan antara keunikan yang tidak ada pada mana-mana band tempatan lain. Langkah menghasilkan album adalah keputusan bijak diambil Satwo meskipun mereka dikira masih ‘hijau’ dalam arena muzik mainstream tanah air. Diterbitkan label tersohor, Luncai Emas, album Di Persembunyian boleh dikatakan mampu memberi kefahaman kepada pendengar tentang kenapa Satwo ini berbeza…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya