KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan bekas Pengerusi FGV Holdings Bhd. (FGV), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad membayar ganti rugi RM990,502.61 kerana menyalahgunakan sebuah unit kondominium mewah Troika di Persiaran KLCC milik syarikat terbabit. Mahkamah turut memerintahkan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat itu, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah untuk membayar ganti rugi RM2,328,705.86 kerana salah guna sebuah lagi unit di kondominium sama, penggunaan kereta dan faedah petrol syarikat. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Arief Emran Arifin ketika membaca penghakiman ringkasnya dalam prosiding yang dijalankan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya