Ruhainies banyak berdiam, berbeza dari sebelum ini - sahabat - Utusan Malaysia

Ruhainies banyak berdiam, berbeza dari sebelum ini – sahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Selepas dilanda ribut kontroversi tangkap khalwat bersama aktor, Aliff Aziz, pelakon, Ruhainies, didakwa berubah sikap dah tidak lagi seceria dahulu.

Perkara itu diakui oleh dua sahabat rapatnya, Azhar Aziz dan Fizal Babjal, yang mendakwa pelakon tersebut kini lebih banyak mendiamkan diri dan tidak bersikap seperti biasa.

“Apa yang kami perasan, dia tidak lagi seperti sebelum ini. Banyak mendiamkan diri sedangkan sebelum ini ramai tahu dia seorang yang banyak cakap dan sopan santun.

“Kami pun tak boleh nak cakap berlebih-lebihan kerana lebih manis jika tuan punya badan yang menjawab sendiri.

“Kalau ditanya mengenai dirinya sekarang, keadaannya baik-baik sahaja, dia masih bekerja seperti biasa,”katanya.

Selain itu, kata Azhar, sebagai sahabat, dia dan Fizal juga menasihati Ruhainies supaya tidak membaca komen-komen netizen di media sosial supaya tidak berasa terganggu.

“Kami sebagai rakan juga menasihati dia tidak membaca dan menutup ruangan komen di sosial media. Bagaimanapun dia tahu perkembangan berlaku.

“Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen-komen kecaman di media sosial,” katanya.

Sementara itu, Fizal berkata, dia yakin Ruhainies tidak terlibat dalam aktiviti yang senonoh sebegitu.

Menyifat pelakon itu sebagai seorang yabg lemah lembut, kedua-dua mereka terkejut menerima perkhabaran Ruhainies ditangkap khalwat.

“Kami dapat tahu pada sebelah siang hari Sabtu. Kami juga terkejut. Kami tidak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.

“Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang dikatakan,” ujarnya.

Selain itu Fyzal menegaskan dia dan Zahar bukan pembantu peribadi Ruhainies yang dikatakan tidak bersama di malam kejadian.

Sebaliknya ada seorang lagi individu yang sepatutnya menemani Ruhainies ketika itu

“Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia malam itu.,” jelasnya.

Pada 8 Mac lalu Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat.

Kedua-dua mereka kemudian tampil memohon maaf namun menafikan segala dakwaan yang dibuat.

Mereka dijangka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya