CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan RM5.2 bilion nilai cukai taksiran tambahan yang tidak dilaporkan oleh individu dan syarikat pada tahun lalu. Mereka dikenal pasti melalui proses audit yang dijalankan terhadap pembayar cukai yang tidak melaporkan pendapatan masing-masing, tersalah lapor atau kurang lapor sepanjang tempoh itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Abu Tariq Jamaluddin berkata, pihaknya menjalankan audit secara berterusan bagi memastikan cukai yang betul dibayar oleh setiap pembayar cukai. Kata beliau, pada masa ini LHDN melaksanakan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 untuk memberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya