DARA, Teja, Puspita, Jentayu, Ratna, Cendana, Kesuma, Anum, Seroja dan Anggun. Nama-nama di atas bukan merujuk kepada mana-mana wanita, sebaliknya merupakan antara 31 helaian dalam koleksi raya mewah keluaran pereka duo, Rizman Ruzaini. Elemen klasik jelas terlihat pada potongan baju kurung, kebaya dan kurung Kedah yang ditampilkan. Wan Ruzaini Wan Jamil berkata, elemen itu merupakan DNA mereka sejak sekian lama dan kekal diteruskan tanpa terikut-ikut dengan trend semasa. Ia bukan sahaja dapat menyerlahkan keanggunan seseorang, bahkan bersifat malar segar dan relevan untuk digunakan sehingga 10 atau 20 tahun akan datang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya