KUALA TERENGGANU: Perbuatan kejam seorang gadis membunuh rakan baiknya pada empat tahun lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan membunuh Siti Nur Surya Ismail. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya yang ketika itu berusia 19 tahun. Perbuatan tersebut dilakukan Siti Nur Athirah di rumah mangsa di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong , Hulu Terengganu antara pukul 8.30 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya