PUTRAJAYA: Hanya seorang wakil dari Malaysia menerima tajaan Program Biasiswa Asian Development Bank-Japan (ADB-JSP) 2024 bagi menyambung pengajian peringkat sarjana di negara itu. Sejak diperkenalkan 36 tahun lalu iaitu pada tahun 1988, seramai 4,260 penerima tajaan biasiswa itu dari 39 negara Asia Pasifik dan sebahagian dari rantau Eropah Timur. Daripada jumlah itu, hanya 40 orang dari Malaysia mendapat tajaan biasiswa bertaraf antarabangsa itu. Memberitahu Utusan Malaysia, satu-satunya penerima biasiswa berkenaan pada tahun ini ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik Kementerian Luar Negeri, Nurul Syaza Azlisha berkata, masih ramai rakyat negara ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya