Raja Muda Perlis hadiri majlis berbuka puasa kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis hadiri majlis berbuka puasa kerajaan negeri

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Speaker Dewan Undangan Negeri, Rus’sele Eizan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar.

Majlis iftar ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri yang dihadiri oleh pelbagai jabatan dan agensi, badan berkanun serta pemimpin masyarakat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan untuk menyempurnakan simbolik perasmian majlis iftar tersebut sambil disaksikan oleh dif-dif kehormat yang hadir.

Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di samping mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bersama-sama sekalian para tetamu yang hadir.

Terdahulu daripada itu, Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada seramai 64 orang anak yatim-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya