PETALING JAYA: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan rangkaian hotel bertaraf empat dan lima bintang untuk melebarkan sayap pelaburan ke negeri berkenaan. Baginda bertitah, kehadiran para pelancong yang melebihi empat juta pada tahun lalu menjadikan Perlis merupakan potensi pasaran baharu yang wajar diberikan perhatian dan diterokai secara serius. “Pada masa yang sama semua kerajaan negeri serta pemain industri pelancongan perlu melipatgandakan usaha dan meningkatkan sinergi dalam membuat persediaan rapi. “Ia bagi memastikan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang menyasarkan ketibaan seramai 26.1 juta pelancong asing tercapai,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya