Radhi Khalid sakit apa? - Utusan Malaysia

Radhi Khalid sakit apa?

KUALA LUMPUR 18 DISEMBER 2023 - Pelakon, Radhi Khalid pada sidang akhbar filem Rain Town di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: FAIZAL & HASIF UTUSAN / EMIRA KOSMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEDANG Cik Bunga berbual dengan seorang rakan industri seni baru-baru ini, terkejut juga apabila mendapat perkhabaran bahawa pelakon Radhi Khalid sebenarnya dalam keadaan tak begitu sihat kini. 

Dengar khabar, dia mengalami masalah kesihatan yang agak teruk juga kebelakangan ini. 

Itu pun tak pula Cik Bunga tahu masalah kesihatan yang bagaimana. Iyalah, maksud Cik Bunga tahap sakit itu sejauh mana. Satu lagi, Radhi pun tak canang sangat mengenai sakit yang ditanggungnya. 

Dia seakan mahu berahsia. Tapi adalah orang yang rapat dengan Cik Bunga beritahu yang memang Radhi sekarang dah tak macam dulu. 

Dia saja yang buat-buat nampak sihat, macam tak ada apa-apa sedangkan hanya Tuhan yang tahu apa yang sedang ditanggungnya sekarang. 

Bila tak tahu sakit apa, berdebar juga perasaan Cik Bunga. Iyalah, harapnya bukan sakit yang kronik. 

Dalam masa sama, Cik Bunga dengar Radhi pun sempat menganjurkan program-program amal dan kebajikan pada bulan puasa ini. Terbaharu, menerusi penganjuran program untuk kanakkanak pesakit kanser. 

Kiranya, dalam pada keadaan diri pun tak begitu sihat, Radhi tetap jalankan tugas untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan juga. 

Terharu juga Cik Bunga mendengarnya. Cik Bunga harap, Radhi usahlah simpan sendiri kesakitan yang ditanggung itu. 

Kalau maklum pada semua, mungkin ada pihak yang boleh bantu. Tak kisahlah dari segi rawatan atau sebagainya. 

Kalau lebih ramai dapat membantu apa yang perlu, rasa Cik Bunga apa salahnya. Cik Bunga doakan Radhi selalu berada dalam lindungan-Nya, Amin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya