PWP raikan ADUN, ketua-ketua jabatan wanita Perlis - Utusan Malaysia

PWP raikan ADUN, ketua-ketua jabatan wanita Perlis

PERSATUAN Wartawan Perlis (PWP) menganjurkan program bersempena Sambutan Hari Wanita di Hannah Cookies, Kangar, Jaya, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Buat julung kalinya, Persatuan Wartawan Perlis (PWP) mengambil inisiatif menganjurkan program bersempena Sambutan Hari Wanita 2024 bagi meraikan golongan wanita yang banyak memainkan peranan dan sumbangan kepada masyarakat serta negara.

Majlis santai berkenaan yang bermula pada pukul tiga sehingga lima petang itu diadakan di Hannah Cookies, Kangar, Jaya di sini.

Program santai berkenaan dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling; Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norazah Jaapar; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis, Norazlin Nordin dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Mawar Awang.

Hadir sama, wakil-wakil dari Bahagian (BPEN) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN); Jabatan Penerangan negeri; Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis dan pengamal-pengamal media di negeri ini.

Wartawan Perlis (PWP) menganjurkan program bersempena Sambutan Hari Wanita
di Hannah Cookies, Kangar, Jaya, Perlis hari ini.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Lebih istimewa, para tetamu jemputan juga diberikan sekuntum bunga sebagai simbolik kepada sambutan hari wanita berkenaan.

Pada majlis itu, Ay Ling, Norazah dan Norazlin juga diberi kesempatan berkongsikan mengenai peranan kaum wanita khususnya yang banyak mengetuai jabatan-jabatan di negeri ini.

Antara lain, Norazlin juga berkongsikan bagaimana pengalaman dan cabaran dalam menganjurkan Pesta Angin Timur yang merupakan festival tahunan terbesar di Perlis.

Sebagai rekod, Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara.

Hari Wanita Antarabangsa 2024 mengangkat tema ‘Wanita Dijulang Negara Gemilang’.

Insan yang bergelar wanita perlu diraikan dan sentiasa dihormati sepanjang masa disebalik kelembutan dan kesabaran namun golongan ini memainkan peranan cukup besar khususnya untuk pembangunan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya