Putera William jadi tumpuan selepas bapa, isteri hidap kanser

Putera William jadi tumpuan selepas bapa, isteri hidap kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera William, 41, mula mencuri tumpuan ramai selepas ayahandanya, Raja Charles dan isterinya, Kate terpaksa menangguhkan seketika tugas rasmi diraja susulan menjalani rawatan kanser. 

Tumpuan lebih besar kini beralih kepada bakal Raja William V selepas ketiadaan bapa dan isterinya dari pandangan awam sejak pertengahan Januari lalu. 

Pakar Sejarah Monarki di Universiti City London, Prof. Anna Whitelock berkata, anak sulung kepada mendiang Puteri Diana ini sedar dirinya perlu sentiasa bersedia untuk ditabalkan menjadi raja kelak. 

Sejak kematian nendanya, Ratu Elizabeth pada September 2022, pewaris takhta Diraja Britain ini sedar tentang realiti ‘menakutkan’ yang perlu ditempuhi.  

“Apabila raja didiagnosis kanser, sudah tentu, reaksi pertamanya adalah sebarang seorang anak, keprihatinan terhadap bapanya. 

“Namun, ada juga tanggungjawab besar yang tiba-tiba mula memikul bahunya. Saya pasti beliau sangat menyedari perkara itu,” katanya lapor Reuters. 

William memegang gelaran Duke of Cambridge merupakan pewaris utama dalam keluarga diraja British dan mewarisi harta keluarganya.

Sebahagian besar kekayaan tanah, harta dan pelaburan keluarga Diraja dianggarkan berjumlah AS$21 bilion (RM95.1 bilion). Harta tersebut telah dimiliki sejak berabad dan diwariskan kepada pewarisnya.m  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya