GEORGE TOWN : Kerajaan negeri Pulau Pinang memantau dengan rapi situasi yang berlaku di Empangan Air Itam yang kini dikatakan mampu bertahan lebih 30 hari sahaja lagi tanpa hujan. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, agensi pembekal air di Pulau Pinang iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) juga telah mengambil langkah awal sejak Februari lalu bagi mengurangkan pengekstrakan air dari Empangan Air Itam bagi memastikan kapasiti air di empangan tersebut dapat bertahan. “Kita memang pantau rapi dan tidak menafikan ia (Empangan Air Itam) di bawah paras yang selesa, tetapi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya