KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan dua prosiding baharu selepas sambutan Aidilfitri. Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, prosiding itu ialah Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) dan satu lagi berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Katanya, prosiding berkaitan LTAT akan bermula pada 20 Jun depan selepas isu yang dilaporkan di bawah lembaga itu dalam Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022. Bagi prosiding NIISe di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen pula, Mas Ermieyati berkata, ia akan dilaksanakan di bawah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya