IPOH: Sebuah premis memproses makanan ringan ‘salted egg salmon skin’ di Kawasan Perindustrian Jelapang dekat sini, diserbu sepasukan penguatkuasa semalam, selepas disyaki menggunakan logo halal yang tidak sah pada produk tersebut. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi pada pukul 11 pagi itu dilakukan selepas menjalankan risikan berikutan menerima aduan awam. Katanya, siasatan mendapati produk makanan ringan itu dijual secara dalam talian dan mendapat sambutan ramai. “Ketika pemeriksaan dilakukan, premis berkenaan sedang beroperasi dengan memproses ‘salted egg salmon skin’. Seorang wanita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya