PRN, parti komponen GRS tanding guna satu logo-Hajiji

PRN, parti komponen GRS tanding guna satu logo-Hajiji

HAJIJI Noor (kiri) semasa melawat bazar Ramadan di Tuaran, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Parti-parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding menggunakan logo GRS pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semua komponen GRS bertanding menggunakan satu lambang sahaja iaitu GRS, justeru sangat penting meletakkan calon yang boleh membawa kemenangan.

Beliau berkata, parti komponen GRS dan rakan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) harus melihat gambaran yang besar dengan meletakkan calon yang boleh menang pada PRN akan datang.

“Sekarang bukan masa untuk bercakap soal kerusi, apa yang kita mahu adalah meletakkan calon yang berkebolehan untuk menang. Ini bukan masa untuk melobi kerusi.

“Saya harap semua pemimpin akan menggunakan pengalaman mereka untuk membangunkan rakyat dan negeri Sabah,” katanya semasa majlis berbuka puasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sulaman, di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya