KUALA NERUS: Polis Terengganu akan meneruskan bekerjasama dengan komuniti masyarakat setempat bagi mencegah jenayah pecah tabung masjid yang berleluasa pada Ramadan ini. Ketua Polis negeri, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya menerima tiga laporan membabitkan kes berkenaan iaitu dua di daerah ini dan satu di Marang sejak 1 Ramadan lalu. Menurut beliau, pasukan petugas atau ‘task force’ terdiri daripada pasukan polis dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) akan meningkatkan pemantauan di kawasan masjid dan surau terutama pada waktu malam. Katanya, rumah ibadat berisiko tinggi untuk dijadikan sasaran dalam bulan Ramadan oleh penjenayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya