PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Anne Ooi yang juga dikenali sebagai ‘Aunty Bersih’ yang meninggal dunia, semalam. Anwar menerusi akaun Facebook miliknya menyifatkan Anne, 78, sebagai bukan sahaja seorang aktivis gigih, malah menjadi teladan kepada generasi seterusnya untuk mendesak membawa perubahan. “Hari ini (semalam) dilaporkan Anne Ooi atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Aunty Bersih’ meninggal dunia pada umur 78 tahun. “Saya kenang beliau tidak hanya sebagai aktivis yang gigih, malah merupakan teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya