PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berdukacita dan mengucap takziah kepada keluarga Datuk Ahmad Rejal Arbee atas pemergian Tokoh Wartawan Negara 2014 itu. Perdana Menteri berkata, Allahyarham bukan sahaja tokoh wartawan terkemuka tetapi dikenali sebagai antara pengamal media terawal meneroka konsep media dwibahasa. “Jasa, sumbangan dan buah fikiran yang dilontarkan Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia. “Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisiNya, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini Terdahulu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya