PETALING JAYA: Syarikat kejuruteraan awam bumiputera, Pintas Utama menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM3 juta semalam. Zakat perniagaan itu diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mewakili Lembaga Zakat Selangor, di Masjid Kota Kemuning, sempena perasmian masjid berkenaan. Pengerusi Eksekutif Pintas Utama, Tan Sri Ir. Zainudin Karjan berkata, usaha murni itu dilakukan bagi membolehkan masyarakat menyumbang kembali kepada golongan yang memerlukan di negara ini. “Pada bulan mulia ini, Pintas Utama meraikan dan menyantuni 18 buah rumah anak-anak asnaf terpilih merangkumi seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. Pada majlis tersebut,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya