KUALA KANGSAR: Sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak akan membuat persiapan sendiri. Begitu kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah mengenai ugutan Perak FC menarik diri dari mengendalikan pasukan bola sepak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XXI di Kuching tidak lama lagi. ‘Perak tetap akan menghantar pasukan untuk menyertai acara bola sepak. “Jika mereka menolak, kita ada pelan A, B dan seterusnya, yang penting, kita tetap akan hantar pasukan (sertai Sukma),” katanya kepada pemberita di sini. Bagaimanapun,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya