KUALA TERENGGANU: Seorang penyelia syarikat kebersihan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memukul isterinya dengan penyapu, Sabtu lalu. Tertuduh, Ahmad Farhan Azmeer Harun, 33, membuat pengakuan itu hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Tuan Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 43 tahun dengan memukul mangsa menggunakan penyapu. Ahmad Farhan Azmeer didakwa membuat perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kubang Tangga dekat sini kira-kira pukul 6 petang, 16 Mac lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya