KUALA SELANGOR: Seorang penunggang p-hailing dipercayai maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dekat Kilometer (KM) 4.6 Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor, di sini, hari ini. Mangsa seorang lelaki berusia 20 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Berdasarkan perkongsian menerusi media sosial, pemandu lori terbabit dilaporkan selamat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.15 petang berhampiran Kampung Parit Mahang, Jeram. Akibat kemalangan tersebut, lorong kecemasan dan lorong kiri lebuh raya berkenaan ditutup sementara kerja-kerja siasatan dilakukan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya