IPOH: Tiga individu termasuk seorang penjawat awam direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu untuk projek pembekalan ternakan bernilai lebih RM800,000. Perintah reman sehingga Ahad depan terhadap pemilik syarikat dan penjawat awam masing-masing berusia 38 tahun serta pengerusi padang ragut berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus. Tempoh reman itu dipohon bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas kesemua suspek mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Ketiga-tiga suspek ditahan antara pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya