PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan Operasi Ramadan 2024 (Op Ramadan) secara serentak di seluruh negara melibatkan semua premis makanan termasuk bazar Ramadan dalam memastikan makanan dijual selamat. KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi itu melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan bagi memastikan makanan disediakan atau dijual selamat selain mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Katanya, pemeriksaan juga akan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing. “Selain itu, kempen-kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, premis penyediaan makanan, premis pembekal makanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya