PETALING JAYA: Polis memanggil seorang pengarah syarikat yang mendakwa wang lebih RM500,000 ditinggalkan dalam bagasi merah jambu di sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini, Rabu lalu bagi memberi keterangan. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berusia 40-an pada 11.30 pagi, Khamis lalu. “Lelaki itu yang merupakan pengarah syarikat mendakwa wang tersebut hasil perniagaan dijalankan. “Justeru kita memanggilnya untuk memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Khamis lalu, media melaporkan seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya