BESUT: Penduduk terkejut apabila terdapat dakwaan segelintir pengikut ajaran sesat ‘Ayah Pin’ cuba menghidupkan semula ajaran sesat tersebut yang diharamkan sejak 1997. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Batu 13, Ab. Ghani Mamat berkata, difahamkan tidak terdapat kegiatan mencurigakan ahli keluarga dan pengikut ajaran sesat tersebut selepas kematian Ayah Pin atau nama penuhnya, Ariffin Mohammed pada tahun 2016. Malah, menurutnya, kebanyakan ahli keluarga dan pengikut Ayah Pin tersebut yang tinggal di sebuah penempatan di Kampung Bukit Kemiyung, Batu 13 di sini juga menjalani kehidupan mereka seperti biasa dalam masyarakat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya