Pelawaan penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)

Tawaran Biasiswa Yang di-Pertuan Agong tahun 2024

biasiswa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam atau Kecerdasan Buatan di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia.

Biasiswa ini merupakan biasiswa berprestij tinggi di bawah tajaan Kerajaan.

Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my mulai 4 Mac 2024 sehingga 29 Mac 2024.

Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dihantar dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 5 April 2024 sama ada melalui serahan tangan atau pos.

Syarat-syarat permohonan BYDPA Tahun 2024 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2024;
  3. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu:
    (a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum
    3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana;
    atau
    (b) Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan
    CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi
    calon Ph.D.
  4. Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2024 di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian; atau
  5. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis;
  6. Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
    (a) Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan;
    (b) Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib.
  7. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum/ aktiviti kemasyarakatan.
  8. Permohonan yang memenuhi syarat serta melepasi saringan lanjut pihak JPA sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga.
  9. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 – 8885 3053 / 3879 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau e-mel kepada [email protected]. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN