PETALING JAYA : Polis akan ambil keterangan pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus, Datuk Teo Kok Seong dalam masa terdekat berhubung kenyataannya berkaitan sekolah vernakular. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM telah menghubungi Teo untuk dirakam keterangan namun beliau memohon masa untuk berbincang dengan peguamnya. “Temujanji akan ditentukan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Mengulas lanjut, kata beliau, keterangan pengadu juga telah diambil oleh PDRM “Manakala saksi-saksi lain akan dirakamkan keterangan secara berperingkat,” jelasnya. Sebelum ini, satu kertas siasatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya