KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu memanfaatkan sebanyak 103,563 hektar tanah terbiar milik persendirian yang sudah dikenalpasti untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan , Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kementeriannya mencadangkan inisiatif bagi meningkatkan keluasan tanah pertanian melalui sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan negeri yang dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-139. Menurut beliau, antara sinergi yang sudah dipersetujui dalam mesyuarat tersebut adalah penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Tanah Pertanian peringkat daerah bagi memudahcara urusan membangunkan tanah persendirian yang tidak diusahakan dan berpotensi. “Kementerian juga telah menawarkan insentif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya