KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bakal melakukan penyusunan semula hal beras dan padi negara bagi memastikan isu kekurangan bekalan beras putih tempatan dapat diatasi. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penyusunan semula itu perlu selepas India mengambil tindakan untuk mengurangkan eksport beras mereka sehingga memberi kesan pada bekalan dalam pasaran negara. Menurut beliau, langkah penyusunan semula tersebut pernah dilakukan Malaysia pada tahun 80-an. “Tahun ini kita akan buat penyusunan baharu, sekarang kita sedang membuat libat urus dengan semua pihak (seperti) penanam padi, pengilang, pengedar (dan) peruncit. “(Ini)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya