PUTRAJAYA: Mana-mana pihak berkelayakan, memenuhi syarat dan berkeupayaan untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan kenderaan motor di bawah Akta 333 dipelawa menghadiri satu sesi taklimat mengenai syarat-syarat pelesenan pada 23 April depan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebarang permohonan berkaitan tawaran tersebut boleh mula dikemukakan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 Jun. “Garis panduan terperinci yang mengandungi semua syarat-syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, syarat pengoperasian pusat pemeriksaan, perjanjian tahap perkhidmatan dan lain-lain peraturan berkaitan boleh diperoleh mulai 15 April di laman web rasmi Kementerian Pengangkutan (MOT) dan JPJ.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya