PERMATANG PAUH : Seramai 14 penunggang motosikal dipercayai ‘mat rempit’ diberkas dalam Op Samseng Jalanan di Kilometer (KM) 131, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sama Gagah, di sini, awal pagi tadi. Dalam operasi yang berlangsung selama empat jam bermula tengah malam tadi itu, polis turut menyita sebanyak 20 buah motosikal atas pelbagai kesalahan. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, secara keseluruhannya, seramai 60 penunggang motosikal telah ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi berkenaan. “Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya 14 daripada mereka (penunggang motosikal) ditahan mengikut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya