Nasib tujuh beranak rumah terbakar dapat perhatian PM

Nasib tujuh beranak rumah terbakar dapat perhatian PM

MUHAMMAD Kamil Abdul Munim (dua kanan) menyerahkan sumbangan kepada mangsa, Zul Izmal Mohd Bakir (dua kiri) selepas kediaman rumahnya hangus terbakar di PPAM Selasih, Presint 17, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Nasib menimpa tujuh beranak selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di sini, Jumaat lalu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang diwakili Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkesempatan menyantuni keluarga berkenaan di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Selasih, Presint 17, di sini.

Muhammad Kamil ketika ditemui berkata, Program Ziarah Kasih Madani ini adalah inisiatif dicetuskan Perdana Menteri sendiri bagi meringankan beban ditanggung mangsa.

“Hari ini saya mewakili Perdana Menteri untuk menghulurkan sedikit sumbangan dan bantuan kepada keluarga mangsa.

“Sumbangan ini adalah peruntukan khas oleh Perdana Menteri bagi meringankan beban ditanggung mangsa,” katanya.

Katanya, Perdana Menteri turut menyampaikan pesan kepada mangsa supaya banyak bersabar dan lebih banyak bantuan akan disalurkan oleh pihak-pihak lain.

Sementara itu, Muhammad Kamil berkata, Program Ziarah Kasih Madani ini dimulakan sejak tahun lalu dan ia digerakkan sama ada oleh setiausaha-setiausaha politik Perdana Menteri di seluruh negara.

Katanya, beliau berharap program sebegini dapat mendekatkan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri dengan rakyat jelata yang ditimpa kesusahan.

“Ini ialah inisiatif oleh Perdana Menteri sendiri, malah beliau yang mengeluarkan arahan supaya turun menyantuni mangsa-mangsa ini,” katanya.

Katanya, antara bentuk bantuan disalurkan termasuk wang tunai dan keperluan perubatan seperti katil pesakit dan kerusi roda serta bantuan-bantuan lain yang tertakluk kepada keperluan mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya