SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki dipercayai warganegara Nepal ditemukan dalam keadaan terapung dekat pintu air Sungai Klang di Seksyen 17, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, orang awam memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung penemuan tersebut kira-kira pukul 11.56 pagi. “Hasil siasatan awal mendapati si mati merupakan seorang lelaki warganegara Nepal melalui salinan pasport yang ditemui padanya. Si mati dijumpai berpakaian lengkap dalam keadaan terlangkup. “Pemeriksaan oleh pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya