Mawar Rashid tamat teka-teki, ibu nikah Pengiran Allaudin Brunei - Utusan Malaysia

Mawar Rashid tamat teka-teki, ibu nikah Pengiran Allaudin Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model, Mawar Rashid menamatkan teka-teki yang bertebaran di media sosial dengan memuat naik gambar bersama ibunya, Datin Marinee Abdullah yang selamat diijab kabul dengan lelaki pilihan, Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar.

Mawar dalam hantaran baharunya berkata, dia tidak akan menyangka dapat merasai kehadiran seorang ayah lagi dalam hidupnya selepas bapanya, Allahyarham Datuk Wan Abdul Rashid meninggal dunia pada 2007.

Jelas pelakon Suamiku Paling Sweet itu, ibunya merupakan kenalan lama kepada suami baharunya dan mereka mula berhubungan selepas meninggalkan komen di video pernikahan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah Januari lalu.

“Siapa sangka daripada kenalan lama di Brunei, akhirnya bertemu jodoh dengan hanya satu pesanan ’lama tak jumpa’ di hantaran pernikahan Putera Mateen dan babah di dalam video tersebut.

“Saya sendiri tidak menyangka yang saya berpeluang untuk merasai kehadiran seorang ayah,” ujar pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri itu.

Mawar sebelum ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet sama ada dia sudah mendirikan rumah tangga dengan pemuda Brunei selepas memuat naik hantaran dengan jari berinai putih di Instagramnya.

Bagaimanapun, pelakon Tundukkan Playboy Itu ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan memaklumkan perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum ketika dakwaan bertebaran.

Dalam pada itu, Mawar turut memaklumkan ibunya akan tinggal di Brunei dan dia mendoakan kebahagiaan akan sentiasa bersama keluarga baharunya.

“Sukar untuk menerima kenyataan yang mumy akan tinggal di Brunei tetapi mumy layak mendapatkan kehidupan yang bahagia sampai bila-bila.

“Kepada keluarga baharu saya di Brunei, selamat datang ke keluarga besar kita. Sayang anda semua,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya