KOTA BHARU: Kecantikan seni bina dan suasana seperti berada di Masjidil Haram, Mekah menjadi tarikan ribuan orang ramai untuk solat isyak berjemaah dan seterusnya bertarawih di Masjid Imanul Fa’izin, Padang Kala di sini. Situasi itu dapat dilihat apabila pekerja pembersihan masjid akan membentangkan sejadah di kawasan luar masjid untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan solat tarawih sekiranya dewan utama sudah penuh. Selesai sahaja solat tarawih, pekerja terlibat akan terus mengemas sejadah dan terus membersihkan kawasan tersebut sebagaimana yang dilihat di Masjidil Haram. Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati lebih 1,500…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya