PETALING JAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca pendaratan cemas sebuah helikopter AW 139 milik agensi terbabit di Perairan Pulau Angsa, Pelabuhan Klang hari ini. Helikopter terbabit nombor pendaftaran pesawat M72-01 itu diterbangkan Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim melakukan pendaratan cemas pada 9.55 pagi ketika menjalankan latihan menyelamat. Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya