KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengerahkan seramai 800 pegawai dan anggota bertugas dalam Operasi (Op) Khas Pagar Laut bermula 12 Mac lalu. Operasi tersebut dipecahkan kepada empat fasa yang dilaksanakan secara berperingkat sehingga 30 April ini bagi mengekang jenayah maritim termasuk aktiviti rentas sempadan secara haram oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang musim perayaan. Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd. Amin berkata, operasi tersebut dilakukan di seluruh perairan negara seperti Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Selat Johor. Menurutnya, strategi penguatkuasaan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya