HAMBURG : Malaysia bersetuju menyertai Climate Club (Kelab Iklim) iaitu sebuah forum antarabangsa untuk pertukaran mengenai pemerkasaan tindakan iklim dan dekarbonisasi industri. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jemputan dihulurkan kepada Malaysia oleh Canselor Jerman, Olaf Schulz. Jelas Anwar lagi, Malaysia boleh memanfaatkan penyertaan itu dari segi pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti. “Canselor Scholz mencadangkan supaya kita bekerjasama dalam menangani isu berkaitan alam sekitar yang membimbangkan. “Justeru Malaysia bersetuju secara prinsipnya dengan jemputan itu untuk meningkatkan tahap kerjasama, seperti yang kita lakukan dalam sektor lain seperti ekonomi dan pendidikan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya